Sunrays

Blogger Template by ThemeLib.com

Published by Abdul Halim Mohamad under on 10:10 AM

PETA KONSEP AJARAN SESAT

Published by Abdul Halim Mohamad under on 9:34 AM

AJARAN SESAT




PENGERTIAN AJARAN SESAT
• Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN AJARAN SESAT
• Terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan, harta, dan sebagainya.
• Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.

CIRI-CIRI AJARAN SESAT
• Mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh, mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi.
• Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.
• Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Oadiani.
• Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.
• Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.
• Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah.
• Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali, dan malaikat.
• Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampiansebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.
Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.

KESAN BURUK MENGAMALKAN AJARAN SESAT

1. Kesan terhadap individu:
(a) akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat dan kembali kepadaajaran Islam;
(b) masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat;
(c) minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatik;
(d) kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.


2. Kesan terhadap masyarakat:
(a) keruntuhan institusi kekeluargaan. Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka;
(b) perpaduan tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling.Ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat;
(c) berlaku keganasan. Kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.

3. Kesan terhadap negara:
(a) negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu;
(b) negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.


CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT

Qadiani

1. Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.
2. Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.
3. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.
4. Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.
5. Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:
(a) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu);
(b) beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;
(c) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;
(d) menghapuskan jihad;
(e) mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr;
(f) mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;
(g) mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;
(h) mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;
(i) menghukum kafir selain penganut Qadiani.


Bahai

1. Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi.
2. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha'ullah.
3. Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi.
4. Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.
5. Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong.
6. Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah:
(a) beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.;
(b) beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai;
(c) beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal);
(d) beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi;
(e) beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib;
(f) mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut;
(g) menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka;
(h) memansukhkan agama Islam;
(i) menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru;
(j) mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali; menghapuskan jihad.


Taslim

1. Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Muhammad Matahari.
2. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
3. Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:
(a) beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad;
(b) beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim;
(c) mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;
(d) mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;
(e) menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka;
(f) solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan);
(g) menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.


LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJARAN SESAT

1. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal.
2. Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa didedahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah, seminar, forum, dan simposium.
3. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.
4. Program pemulihan akidah. Orang yang terlibat dengan ajaran sesat amat memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.



Mohd Zaini Yahya. 2003. Pendidikan Islam Tingkatan 5

Published by Abdul Halim Mohamad under on 9:35 AM
BAGAIMANA GOLONGAN AJARAN BAHAI BERBICARA TENTANG ALLAH?

Menurut Nadjih Ahjad dalam buku yang diterjemahkan melalui buku al-Bahaiyah wal Bahai’yuun, Mirza Ali al-Bab iaitu pemimpin ajaran tersebut sebenarnya tidak berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Akan tetapi dia mengaku sebagai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu dan masih dijanjikan oleh Allah.

Golongan ajaran Bahai ini membawakan nama-nama dan sifat Allah yang aneh serta ganjil. Ianya berbunyi seperti berikut :

“ Maha Berkah Allah ketinggian yang Maha Tinggi, Maha Berkah Allah permulaan yang Maha memulai, Maha Berkah Allah pertolongan yang maha Penolong, Maha Berkah Allah pemenang yang Maha Pemenang, Maha Berkah Allah pengetahuan yang Maha Mengetahui, Maha Berkah Allah keqidaman yang Maha Qadim, Maha Berkah Allah kemurahan yang ada serta Maha Murah. “

Mereka menjadikan ayat-ayat di atas sebagai penolak bala, kononnya dapat mengelakkan diri daripada sebarang musibah. Sedangkan ayat-ayat di atas menyerupai jampi-jampi yang digunakan oleh para bomoh dan para ahli sihir.


USAHA GOLONGAN BAHAI UNTUK MENGHAPUSKAN HUKUM SYARIAT

Terdapat pandangan-pandangan yang dilontarkan oleh golongan ini dalam sesuatu hokum berlawanan dengan syariat islam yang lurus. Contohnya berkenaan dengan isu talak, dalam al-Quran telah diatur secara bijaksana dan sesuai dengan fitrah, kemaslahatan serta kepentingan manusia. Ia diletakkan pada batas-batas syarak iaitu hubungan antara lelaki dan perempuan diletak atas satu dasar adil yang menjamin kemaslahatan suami isteri dan masyarakat iaitu dalam kaedah mempergauli dengan baik dan melepaskan dengan baik.

Akan tetapi pemipin kaum Bahai’yah, Mirza Ali al-Bab mengatakan dalam undang-undangnya yang berbunyi :

“ Dalam keadan talak lelaki boleh merujuk isteri yang ditalaknya sembilas kali. “

Ini dapat dilihat seolah-olah kesucian dan kehormatan wanita itu tidak berpintu dan tidak berpenjaga, sehinggakan kaum lelaki boleh keluar masuk sesuka hati. Ini menjelaskan betapa kesesatan yang nyata telah mereka lakukan.

Dr. Abdussabur Marzuq. 1978. al- Bahaiyah wal Baha’iyuun.

Published by Abdul Halim Mohamad under on 2:06 AM
www.geocities.com/ian_abang/lia.JPG

FAHAMAN YANG MENYEBABKAN SESAT

Ada pula sebahagian orang yang cuba berselindung dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur‘an Al-Karim bagi maksud dan tujuan yang salah dan bersifat maksiat yang bertentangan dengan kehendak ayat Al-Qur‘an itu sendiri. Seperti amalan sebahagian bomoh yang mendakwa orang alim yang mengubat pesakit secara berkurung dalam bilik tanpa orang lain. Sekalipun pesakit itu isteri orang yang kadang-kadang membawa kepada kelakuan sumbang. Tindakan seperti ini hanya bertopeng dengan ayat Al-Qur‘an bagi tujuan melindungi kesesatan yang berselaput di dalam gerakan atau amalan mereka. Sedangkan kerja-kerja sebenarnya adalah mungkar dan maksiat. Allah Subhanahu wa Ta‘ala mengutuk golongan seperti ini dalam firmanNya yang tafsirnya :

“Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk (agama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu”.

(Surah Al-Baqarah: 175)

Antara ciri-ciri yang boleh membawa kepada ajaran sesat itu juga ialah wujudnya budaya memuja dan mendewa-dewakan ketua kumpulan sehingga menganggapnya sebagai suci, wakil Tuhan dan wajib dipatuhi dalam segala perintah walaupun perintah itu bertentangan dengan akhlak, akidah dan syariat Islam. Ciri seperti ini menurut keyakinan mereka jika tidak dipatuhi, akan mendatangkan malapetaka dan kesusahan.

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam telah mengajar kepada umatnya bahawa ketaatan mutlak itu hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya sahaja manakala ketaatan kepada makhluk adalah terbatas sebagaimana Baginda bersabda yang maksudnya :

“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara-perkara maksiat terhadap Allah Azza wa Jalla”.

(Hadis riwayat Al-Tirmizi)

Antara jalan yang membolehkan kita mengenali sesuatu ajaran atau amalan itu dianggap sesat atau meyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar ialah, apabila ianya mengandungi salah satu atau kesemua kriteria-kriteria, seperti guru atau murid satu-satu ajaran atau tarekat tersebut membuat pengakuan menerima wahyu daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, guru sesuatu ajaran itu membuat pengakuan bahawa dia memegang kunci syurga, murid sesuatu ajaran itu mendakwa bahwa gurunya adalah nabi atau malaikat atau setanding dengannya, pengikut atau penganut ajaran itu mempercayai bahawa roh orang yang telah mati menjelma semula ke dalam jasad orang yang masih hidup, sekiranya roh itu baik maka ia menjelma ke dalam jasad orang yang baik dan begitulah sebaliknya, seseorang itu mendakwa dirinya sebagai wali.

Kriteria yang lain, pembawa ajaran itu mendakwa amalan dan tindakannya seperti zikir yang diajarkan kepada muridnya boleh mengagalkan kiamat, pengikut tarekat yang diamalkan oleh golongan mereka sahaja dijamin masuk syurga, mempercayai bahawa semua agama adalah sama, mempercayai bahawa guru mereka boleh menebus dosa mereka dengan membayar wang atau harta kepadanya, mempercayai bahawa ada nabi lain selepas Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, meminta pertolongan daripada orang yang telah mati.

Begitu juga halnya dengan amalan atau ajaran yang memohon pertolongan guru sebagai perantara (wasilah) untuk sampai kepada Tuhan, mempercayai bahawa benda-benda tertentu seperti pungsu, batu, cincin dan sebagainya mempunyai hikmat tertentu, mempercayai bahawa benda-benda tertentu seperti batu, cincin dan sebagainya boleh menyampaikan kepada Tuhan, menggambarkan wajah guru semasa beribadat atau berzikir, penyerahan rohani atau jasmani kepada guru samaada melalui cara nikah batin dan sebagainya, mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi Isa ‘alaihissalam dan Imam Mahdi, mengaku atau meyakini dirinya atau pengikutnya sahaja yang layak memperolehi ma‘unah iaitu pertolongan langsung dari Allah sedangkan orang lain sama sekali tidak layak memperolehinya, mengaku bahawa Allah menjelma dalam dirinya, mendakwa atau mengaku dirinya sebagi wakil Nabi yang boleh memberi syafaat kepada murid atau pengikutnya, memepercayai bahawa wahyu masih turun selepas wafatnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasalla dan lain-lain.

Sementara mempercayai bahawa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya, mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati dan akan lahir semula menjadi manusia istimewa seperti Imam Mahdi dan sebagainya, mengaku dan mempercayai adanya kemasukan roh orang yang telah mati ke dalam diri seseorang lain sebagaimana yang diamalkan menurun oleh bomoh atau tukang sihir, mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya dan dengan demikian didakwa pasti masuk syurga, juga adalah menjadi kriteria ajaran atau amalan sesat.

Selain kriteria di atas termasuklah tindakan yang berupa perbuatan atau percakapan yang seolah-olah memansukhkan syariat-syariat Islam seperti sembahyang, puasa, haji dan membuat syariat yang lain, meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamalkan suluk (bertapa), mendakwa bahawa ibadat haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah tetapi boleh dikerjakan di tempat-tempat lain, mempercayai bahawa bacaan seseorang guru ke atas suatu benda seperti batu, gunung, bukit, kayu boleh memberi kesan baik dan buruk kepada mereka, mengagung-agungkan keturunan Yahudi sebagai kaum atau bangsa yang paling baik yang perlu dicontohi, menterjemahkan atau menafsirkan ayat-ayat Al-Qur‘an dengan lambang yang direka sendiri tetapi tidak ada dalam nas Al-Qur‘an atau hadis, umpamanya perkataan “Allah” diterjemahkan seperti berikut;

Alif : Diterjemahkan sebagai tubuh Muhammad.

Lam : (Yang Pertama) – Diterjemahkan sebagai nyawa Muhammad

Lam : (Yang Kedua) – Diterjemahkan sebagai hati Muhammad

Ha : Diterjemahkan sebagai rahsia Muhammad.

Berdasarkan ciri-ciri dan kriteria ajaran sesat yang dijelaskan di atas bahawa ajaran dan amalan yang diperlihatkan oleh gerakan atau pertubuhan tertentu itu membuktikan mereka tergolong dalam kumpulan ajaran yang salah dan sesat serta bertentangan engan akidah Islam yang sebenar.

Dari itu kita semestinya bersungguh-sungguh dan waspada dalam memelihara kesucian dan keutuhan akidah dan syariat Islam dengan mengelakkan diri dari terlibat dengan ajaran atau kumpulan yang dikaitkan dengan fahaman sesat. Janganlah terpengaruh dan terikut-ikut sesuatu ajaran yang kita tidak ada ilmu tentangnya ditakuti akan merugikan umat Islam dan dimurkai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sebagaimana firmanNya yang tafsirnya :

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.

(Surah Al-Isra’: 36)

Larangan Allah dalam ayat di atas adalah menjadi undang-undang yang meliputi segala soal dalam alam kehidupan ini. Kita tidak boleh memperkatakan atau melakukan sesuatu yang kita tidak mengetahuinya. Kita tidak boleh menjadi saksi melainkan terhadap perkara yang telah dilihat oleh mata, di dengar oleh telinga dan diketahui oleh hati. Dalam soal iktikad pula, kita tidak boleh mempercayainya melainkan dengan dalil yang membuktikan kebenarannya. Larangan Allah ini hendaklah dipatuhi kerana mata, hati dan telinga akan ditanya oleh Allah Ta‘ala pada hari Kiamat nanti tentang apa yang` telah dilakukannya.

Oleh yang demikian meningkatkan ilmu pengetahuan dan menyatupadukan umat Islam adalah menjadi suatu agenda yang sepatutnya diambil perhatian. Jika merasakan mempunyai kekaburan tentang sesuatu perkara adalah lebih selamat merujukkannya kepada pihak yang berotoriti khasnya pihak berkuasa agama yang sentiasa menunjukkan keprihatinan dalam memelihara kesucian akidah, syariat dan maruah umat Islam.

http://www.antara.co.id/arc/2007/5/7/bupati-lebak-larang-ajaran-islam-sejati/

Published by Abdul Halim Mohamad under on 1:45 AM

Hukum Belajar Ilmu Isim

SOALAN: Saya ada mempelajari ilmu isim. Ia menyeru nama syeikh-syeikh tertentu yang digabungkan dengan ayat-ayat al-Quran. Setelah diamalkan memang ada sesuatu yang menggerakkan badan, menyebabkan saya boleh bersilat dan sebagainya. Saya juga boleh mengubati orang sakit.

Ilmu ini mengandungi pantang-pantang tertentu yang tidak boleh dilanggar. Ada kawan yang melanggar pantang dan menjadi gila. Saya juga ada melanggar, tetapi tidak ada apa-apa terjadi. Saya menjadi celaru dan begitu bimbang dengan amalan ini. - SALLEH NOR, Negeri Sembilan.

Jawapan: Islam menyuruh umatnya agar sentiasa mengingati Allah dalam keadaan apa keadaan sekalipun. Ketika berdiri, duduk dan sebagainya. Di antara tanda-tanda kebahagiaan ialah apabila seseorang itu berupaya mengingati Allah ketika dalam keadaan senang, juga dalam keadaan susah. Kerana itulah zikir itu dianggap penting dalam usaha mengingati Allah s.w.t .

Atas keyakinan dan ajaran seumpama inilah maka masyarakat Melayu pada umumnya menganggap bahawa sesuatu amalan yang terangkum dalamnya zikir sama ada yang terdiri daripada ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan sebagainya adalah amalan yang baik. Keyakinan seumpama ini dipergunakan atau diperalatkan oleh iblis dan syaitan yang jelas tidak dapat dilihat mata, ataupun oleh manusia yang bersifat jahat seperti iblis dan syaitan untuk menipu manusia, iaitu dengan cara menggunakan kalimah-kalimah yang mengandungi nama-nama Allah, nama-nama rasul atau nabi, nama-nama malaikat, ataupun nama-nama pahlawan Islam terbilang dalam usaha atau amalan yang menyesatkan.

Pada hakikatnya, zikir-zikir yang tersebut dalam amalan kebatinan termasuk ilmu isim seperti yang saudara pelajari tidak membuktikan atau memastikan bahawa amalan yang dilakukan itu benar tidak menyalahi ajaran Islam. Hal seumpama inilah ada kalanya melahirkan kekeliruan mereka yang mengamalkan, juga mereka yang cuba membanteras amalan ajaran sesat.

Dalam masa yang sama, tidak semua mereka yang menurunkan atau memberi ijazah amalan kebatinan tersebut, yang terdiri daripada guru-guru itu sendiri menyedari bahawa amalan yang diperturunkan itu melibatkan makhluk-makhluk halus, yang terdiri daripada jin-jin.

Terdapat pelbagai nama yang diberi, kaedah-kaedah pembelajaran yang dilalui yang melibatkan ilmu kebatinan, tetapi hakikat amalannya adalah sama.

Seorang pemuda yang saya temui telah menerima ijazah ilmu kebatinan mempertahankan diri daripada sepupunya yang berasal dari tanah seberang.

Setelah diijazahkan, dia diminta membaca syahadah seberapa banyak mungkin. Tidak lama selepas itu, iaitu dalam masa lebih kurang empat atau lima minit, ia merasakan tangannya bergerak ke hadapan dengan sendiri. Rasa denyutan berlaku di hujung-hujung jari, lalu ia dengan sendirinya mendepa ke kanan dan mengangkatnya ke atas. Begitu juga yang dialaminya pada kakinya, menyebabkannya menjadi kaku menegak.

Ketika mula beramal, gurunya berpesan agar menurut apa yang berlaku pada dirinya. Dia hendaklah membisikkannya dalam hati agar menurut sahaja apa yang terjadi, jangan gunakan akal. Ketika menghadapi masalah ataupun didatangi oleh seseorang yang sakit, jari-jari tangan kanannya akan tergenggam sendiri.

Seorang pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur yang mempelajari satu jenis silat ketika di kampung telah disuruh membaca al-Fatihah dan selawat oleh gurunya. Setelah belakangnya ditepuk, yang disertakan dengan bacaan-bacaan yang tidak kedengaran jelas olehnya, ia merasakan kaki dan tangannya bergerak dengan sendiri, seolah-olah ada satu tenaga luar masuk bergerak perlahan mengalir dalam anggota menyebabkan berlakunya demikian.

Pesan daripada gurunya ialah supaya membiarkan segala pergerakan yang berlaku dalam tubuh, jangan ditahan.

Masalah yang dihadapi oleh pelajar ini setelah mempelajari ilmu tadi ialah berlakunya pergerakan yang terus-menerus terjadi pada tangannya biarpun ketika sedang tidur. Ia merasakan seolah-olah bangun dan bersilat tanpa berhenti. Ketika membuka mata, ia mendapati badannya tidak bergerak, hanya perasaannya sahaja yang mengalami pergerakan tadi.

Tidak lama selepas itu ia mengalami mimpi-mimpi ngeri, mimpi dikejar oleh makhluk-makhluk yang menakutkan, menyebabkannya terasa gementar. Terasa seolah-olah nyawa sentiasa dalam bahaya. Di waktu siang ia terasa mengantuk dan terpaksa tidur antara tiga hingga empat jam tetapi badannya tetap letih.

Satu perkara yang paling membimbangkan ialah kesukaran hendak tidur malam. Kerana itu badannya sentiasa terasa letih, mengantuk dalam kuliah, menyebabkannya tertidur, dan tidak terjaga kecuali setelah habis kuliah. Ia juga sering menguap ketika bermain bola sepak dengan kawan-kawan di padang.

Pelajar ini merasa hairan bagaimana peristiwa buruk yang sama sekali tidak disangka boleh terjadi, pada hal zikir-zikir yang diamalkan dirasakan tidak bertentangan dengan ajaran Islam, yang terdiri daripada syahadah, subhanallah, alhamdulillah, Allahu Akbar.

Punca penyakit ataupun masalah yang dihadapi olehnya sukar dipastikan. Tidak ada tanda-tanda menunjukkan yang ia mengalami gangguan fizikal, kerana doktor-doktor pakar mengesahkan yang dia tidak menghadapi apa-apa masalah. Mereka yang terlibat dengan rawatan tradisional memberi pendapat yang berlainan, ada yang menyatakan kerana gangguan saka, kena santau dan sebagainya.

Seorang pemuda yang tinggal di Keramat mengakui mengamalkan satu jenis zikir tertentu. Semenjak mengamalkan ilmu yang telah diijazahkan itu, beliau mengalami kesukaran yang teruk untuk mendirikan sembahyang. Beliau bukan sahaja merasa sukar untuk melafazkan kalimah ``Allahu Akbar'' tetapi juga sukar untuk membaca al-Fatihah, juga lain-lain bacaan. Terasa seolah-olah ada sesuatu yang menekan hatinya manakala lidah terasa keras untuk melafazkannya.

Dalam hatinya sentiasa wujud bisikan-bisikan yang membimbangkan sama ada ketika sembahyang atau di luar sembahyang. Sejak berlakunya peristiwa-peristiwa tersebut, beliau semakin jauh daripada masjid, kecuali untuk sembahyang Jumaat, tetapi ia tidak berdaya mendirikan sembahyang sunat. Ibadat-ibadat lain, seperti membaca al-Quran dan zikir terus ditinggalkan.

Pemuda ini menyatakan amalan yang pernah diamalkan terdiri daripada zikir-zikir dan amalan seperti istighfar, dua kalimah syahadah, selawat, al-Fatihah kepada Nabi s.a.w, ibu bapa, semua wali Allah, rijalul ghaib, syeikh-syeikh, guru-guru juga kaum muslimin dan muslimat.

Ketika beramal pelajar perlu bertafakur. Ingat dalam hati dan mengaku dosa yang dilakukan (ikrar), takut kepada Allah akan azab-Nya (khauf), mengharap rahmat-Nya di dunia dan akhirat (raja') dan mengetahui ilmu Allah terlalu luas (ilm). Banyak lagi bacaan yang perlu diamalkan. Akhir sekali baru memberi salam dengan memalingkan muka ke kanan dan ke kiri dan berdoa dengan apa-apa doa yang disukai, yang diakhiri dengan bacaan al-Fatihah sekali dan diakhiri dengan doa Fatihah sebagai penutup doa.

Niat seseorang itu mempelajari ilmu seperti ini mungkin benar untuk menghampirkan diri kepada Allah atau menuntut ilmu kebatinan, yang termasuk dalamnya ilmu isim iaitu untuk rawatan, mempertahankan diri dan sebagainya, manakala bacaan iaitu wirid-wirid yang diamalkan itu benar tidak salah dan tidak menyeleweng, tetapi apabila amalan seperti ini digabungkan dalamnya dengan penglibatan makhluk-makhluk halus, akhirnya berlakulah pelbagai masalah yang di luar dugaan.

Tidak mudah akal berfikir bagaimana orang yang tidak pernah mempelajari ilmu persilatan, boleh bersilat hebat, menumbuk kanan kiri, lompat sana sini hanya dengan berzikir dan ``ijazah'' daripada guru semata-mata, pada hal pada masa yang lain, sekiranya ``objek'' luaran itu tidak meresap dalam badan, orang yang berkenaan langsung tidak boleh bersilat, juga tidak boleh melakukan rawatan.

Allah s.w.t menjelaskan seperti yang tersebut jelas dalam ayat-ayat al-Quran bahawa syaitan itu musuh yang nyata. Allah menyuruh setiap orang itu menjauhinya.

Orang yang mengamalkan amalan seperti yang dijelaskan hakikatnya telah memanggil, membiarkan makhluk ini masuk meresap dalam tubuhnya. Makhluk ini sentiasa menunggu manusia memanggil dan memujanya agar manusia itu sesat. Apabila ini berlaku, dipanggil tanpa disedari supaya meresap dalam tubuh, makhluk ini akan menjadi mudah masuk meresap dalam tubuh manusia.

Sasaran utama makhluk ini ialah pada otak mukh, dan apabila ini berlaku, ia boleh menyebabkan kehilangan fungsi normal otak yang boleh menyebabkan apa yang dikenali sebagai ``gila isim'' oleh masyarakat Melayu. Apabila ia mengganggu hati, seseorang itu akan merasa bimbang, risau, waswas, rasa terlalu gembira dan murung silih berganti tanpa sebab yang jelas.

Mengenai resapan makhluk-makhluk halus dalam tubuh manusia, Rasulullah s.a.w. ada bersabda seperti yang tersebut dalam sebuah hadis daripada Safiyyah binti Huyai r.a. yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu boleh berjalan dalam tubuh anak Adam menurut pembuluh darah.

www.utusanmalaysia.com.my

Published by Abdul Halim Mohamad under on 12:41 AM

ZIKIR SONGSANG

Pengamal ajaran sesat bagaikan dirasuk syaitan ketika berzikir

www.tajdidsegar.blogspot.com

Published by Abdul Halim Mohamad under on 10:56 PM
SUFI HAKIKI DAN SUFI PALSU

orang-orang yang mengikuti perjalanan ruhani menuju Allah (Ahli Suluk atau Ahli Thariqat) terbagi menjadi dua golongan.
Yang pertama, ialah golongan Ahli Sunnah Wal-Jama'ah.
Ciri-cirinya :

1. Mereka mematuhi ajaran al-Qur'an dan mematuhi amalan dan peraturan yang dicontohkan dari perilaku dan kata-kata Nabi Muharnmad Saw.
2. Mereka mengikuti panduan tersebut dalam perkataan, dalam bertindak, dalam pemikiran dan dalam perasaan mereka.
3. Mereka mengikuti maksud di dalam hati atau intisari yang tersirat dan yang terpendam dalam ajaran Islam.
4. Mereka sangat paham dan tidak mengikuti begitu saja ajaran-ajaran Islam.
5. Mereka mematuhi ajaran Islam sepenuhnya, menghayati dan menikmati manisnya ajaran dan prinsip agama.
6. Mereka melakukan ibadah bukan karena paksaan, tetapi mereka merasa nikmat melakukannya. Inilah jalan mistik (keruhanian) yang mereka patuhi.
7. Mereka adalah kaum pencinta Allah yang sebenarnya.
Ada sebagian dari mereka yang dijanjikan dengan surga tanpa dihisab terlebih dahulu di hari Pengadilan. Ada sebagian merasakan sedikit azab di Hari Pembalasan, kemudian dimasukkan ke surga. Ada pula yang terpaksa merasakan azab neraka untuk sekian lama guna membersihkan dosa-dosa mereka sebelum dimasukkan ke surga. Tetapi tidak ada yang berada selama-lamanya dalam neraka itu. Yang kekal dalam neraka ialah orang-orang kafir dan orang-orang munafik.


Yang kedua, ialah kaum yang sesat atau kaum Sufi yang palsu yang terdiri dari berbagai golongan. Mereka ini adalah kaum yang sesat di zaman ini.
Banyak golongan orang-orang yang sesat yang mengaku sufi (palsu) antara lain:
1. Golongan Hululiyyah:

Ciri-cirinya :
1. Mereka berpendapat adalah halal melihat badan orang yang bukan mahram, yang menggiurkan nafsu, dan paras yang cantik yang bisa mendorong kepada zina, baik lelaki atau perempuan, siapa pun baik anak atau isteri orang.
2. Mereka berbaur antara lelaki dan perempuan dan menari bersama-sama. Hal ini jelas sekali berlawanan dengan ajaran dan prinsip Islam.
2. Golongan Haliyyah:

Ciri-cirinya :

1. Mereka ini gemar menyanyi, menari, memekik, menjerit dan menepuk tangan. Konon, dalam keadaan demikian mereka dapat mengatasi dan melampaui hukum-hukum syari'at Islam.
2. Tidak perlu lagi bersyari'at karena telah melampaui peringkat syari'at. Hal ini jelas sesat karena Nabi Muhammad Saw. sendiri pun mengikuti syari'at, walaupun ia kekasih Allah Swt.
3. Golongan Auliaiyyah:

Ciri-cirinya :
1. Mereka ini mendakwakan diri dekat dengan Allah. Dengan kata lain telah mencapai peringkat Aulia Allah. Apabila telah jadi Waliullah tidak perlu lagi shalat, puasa, haji, dan beribadah lainnya.
2. Mereka berpendapat bahwa seseorang Wali menjadi anak Allah dan dengan itu mereka lebih tinggi derajatnya dari Nabi. Mereka mengatakan bahwa ilmu atau wahyu sampai kepada Nabi melalui malaikat Jibril, tetapi Waliyullah menerima ilham atau hikmah langsung dari Allah. Itulah dakwaan mereka. Pendapat mereka ini adalah silap atau salah dan sesat yang akan membawa mereka kepada kebinasaan dan akan menjerumuskan mereka ke lembah bid'ah dan kafir.
4. Golongan Syamuraniyyah:

Ciri-cirinya :

1. Mereka percaya kalam (perkataan) adalah kekal dan barangsiapa menyebut kalam yang kekal (kalam Allah) itu tidak terikat dengan hukum atau syari'at agama.
2. Mereka tidak peduli dengan hukum halal atau haram. Dalam upacara ibadah mereka menggunakan alat musik. Perempuan dan lelaki berbaur menjadi satu. Tidak ada hijab lelaki dengan perempuan. Ini sudah jelas sesat dan menyimpang jauh dari ajaran al-Qur'an.
5. Golongan Hubbiyyah:

Ciri-cirinya :

1. Golongan ini berkata bahwa apabila seseorang sampai ke peringkat cinta, mereka tidak lagi berada di bawah hukum syari'at.
2. Mereka tidak peduli dengan pakaian. Kadang-kadang mereka bertelanjang bugil. Tidak ada lagi perasaan malu pada diri mereka.
Inilah ajaran sesat dan menyesatkan.
6. Golongan Huriyyah:

Ciri-cirinya :

1. Mereka senang berteriak-teriak, memekik-mekik, menyanyi, dan bertepuk tangan, konon katanya untuk mendapatkan Dzauq (ekstasi).
2. Mereka mendakwa bahwa dalam keadaan Dzauq itu mereka bersenggama atau bersetubuh dengan bidadari. Setelah mereka keluar dari keadaan Dzauq, mereka pun mandi hadas. Mereka ini tertipu oleh nafsu mereka sendiri. Sesatlah mereka.
7. Golongan lbahiyyah:

Ciri-cirinya :

1. Mereka ini tidak menyuruh berbuat baik dan tidak melarang berbuat jahat. Sebaliknya mereka menghalalkan yang haram. Zina pun dihalalkan. Bagi mereka, semua wanita halal untuk semua lelaki. Inilah golongan yang sesat dan miskin yang meminta sedekah dari rumah ke rumah.
2. Mereka beranggapan bahwa mereka menerima azab Allah yang hina.
8. Golongan Mutakasiliyyah:

Ciri-cirinya :
Mereka mengamalkan prinsip bermalas-malasan dalam mencari nafkah. Mereka telah me- ninggalkan dunia dan keduniaan. Maka musnahlah mereka dalam kemalasan mereka sendiri.
9. Golongan Mutajahiliyyah:

Mereka berpura-pura bodoh dan berpakaian tidak senonoh dan bersikap seperti orang kafir.

Padahal Allah berfirman: "Janganlah kamu cenderung meniru orang-orang yang zalim, kelak kamu akan di sentuh (dijilat) api neraka" (Hud: 113).

Nabi pun pernah bersabda: "Barangsiapa mencoba menyerupai sesuatu kaum, maka mereka dikira sebagai ahli kaum itu. "

10. Golongan Wafiqiyyah:

Ciri-cirinya :
Mereka berpendapat bahwa Allah yang mampu mengenal Allah. Dengan itu mereka tidak mau berusaha mencari hakikat atau kebenaran. Karena kebodohan mereka itu, mereka terseret ke jurang kerusakan dan kesesatan.
11. Golongan Ilhamiyyah:

Ciri-cirinya :

1. Mereka ini mementingkan ilham. Tidak mau menuntut ilmu dan tidak mau belajar.
2. Mereka berkata bahwa al-Qur'an adalah hijab bagi mereka.
3. Mereka menggunakan puisi karangan mereka sebagai ganti al-Qur'an.
4. Mereka membuang al-Qur'an dan meninggalkan ibadah shalat, dan lain-lain.
5. Mereka mengajarkan anak-anak mereka berpuisi sebagai ganti al-Qur'an. Maka sesatlah mereka.

Demikian banyak ajaran-ajaran sesat dari guru Sufl palsu di zaman ini, kata Syeikh Abdul Qadir al-jailani.

Sufi yang Benar dan Sufi Palsu
Sebenarnya golongan sesat dari kaum yang mengaku dirinya Sufi itu akan terus ada di setiap masa, baik dari golongan kaum Muslimin yang melenceng dari jalan yang benar maupun dari golongan kaum kafir juga.
Adapun kaum kafir, sejak semula mereka telah tersesat dalam belenggu kekufuran. Meskipun mereka bertabiat seperti seorang Sufi, dan mereka menahan diri dari segala macam tuntutan hawa nafsu untuk bertaqarrub, namun dasar kepercayaan mereka sendiri itu telah salah dan melenceng dari jalan Allah yang sebenarnya.

Mereka seperti yang sering kita lihat pada orang-orang yang berkeperecayaan Hindu dan Buddha dan sebagainya. Sayang sekali jerih payah mereka dalam mengendalikan diri dari hawa nafsu dunia itu ditujukan untuk kepercayaan yang sesat, bukan kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Allah berfirman: "Dan siapa yang memohon kepada tuhan yang selain Allah, dia tidak mempunyai alasan apa pun tentang kepercayaannya itu, maka sesungguhnya perhitungannya nanti di sisi Tuhannya jua, sesungguhnya tiadalah beruntung orang-orang yang tidak beriman itu" (Al-Mu'minun: 117).

Sungguh menyedihkan keadaan mereka. Mereka telah bersusah payah menahan segala kenikmatan di dunia, tetapi tidak mampu memetik hasil dari jerih payahnya itu, karena apa yang mereka lakukan adalah sia-sia belaka. Sementara di akhirat mereka pun akan mendapat hukuman, siksa di dalam api neraka untuk selama-lamanya karena tidak mengikuti petunjuk yang benar.
Bagaimana dengan orang-orang yang beriman, tetapi kemudian yang tersesat jalan? Mungkin pada awalnya mereka melangkah di jalan yang benar atau berniat baik untuk tujuan Sufi. Tetapi tidak mustahil, mereka bisa tertipu dalam perjalanan kesufiannya itu, karena terpengaruh oleh hawa nafsu.

Nafsu yang akan ditentangnya ternyata berbalik muka menjadi gejala yang menentangnya. Orang yang menentang hawa nafsu itu bertujuan menghadapkan wajahnya kepada Tuhan yang dicari-Nya agar dikenali-Nya. Perlakuannya di dalam kesufian itu bukanlah bertujuan untuk mencari pangkat atau memperoleh pujian dan nama dalam masyarakat pengikutnya.

Apabila dilihatnya dirinya dihormati, para pengikutnya berkerumun mengelilinginya, dan terharulah hatinya, ia sangat senang dengan keadaan ini. Padahal, inilah penyakit, yang dalam istilah kesufian disebut Istidraj, yakni perkara-perkara yang datang sebagai cobaan dan ujian kepada seorang Sufi.
Orang yang semacam ini, memang setan senang sekali berdampingan dengannya. Dia malah lebih senang menyenderkan dirinya dengan Sufi palsu ini daripada orang yang bodoh dari liku-liku urusan agamanya. Memang mudah orang yang 'bodoh’ itu dapat dipengaruhi dan diperdayakan oleh setan, tetapi hasilnya hanya seorang saja. Berbanding dengan Sufi palsu ini, dia mempunyai pengikut yang banyak, kalau dapat diperdayakan setan satu orang Sufi, maka Sufi itu dapat menghantar perdayaan itu kepada semua pengikutnya, kecuali orang yang diselamatkan Allah.
Setan akan berbisik kepada si Sufi palsu itu: Engkau seorang besar! Pengaruhmu sungguh mengagumkan! Sebab para pengikutmu banyak sekali, karena itu engkau jangan bimbang! Mereka tidak akan menyia-nyiakanmu. Engkaulah orang Sufi yang benar! Engkau wali, dan bukankah wali itu orang kesayangan Tuhan! Apa pedulimu kepada orang-orang bodoh yang merendahkan derajatmu. Mereka itu tidak mengerti. Masih jahil. Jahil murakkab. Engkau begini, dan begitu, dan seterusnya. Bisikan itu tidak ada akhirnya. Diberikan kepadanya Khatir-khatir, yakni lintasan-lintasan hati yang semuanya palsu dan keliru, sedang dia termakan semua umpan yang dipasangkan di dalam perangkapnya.

Itulah dia Istidraj yang selalu menimpa orang yang mengangan-angankan diri menjadi Sufi sebelum waktunya. llham yang diterimanya bukan ilham dari Allah Swt., tetapi ilham dari setan, sedang dirinya tidak tahu.
Orang Sufi palsu ini sungguh berbahaya kepada umat Islam. Dia lebih berbahaya daripada sang Sufi sesat, yang perjalanannya benar, tetapi kepercayaannya salah dan sesat. Sebab orang Sufi sesat itu, semua orang Islam telah mengenalinya dan mudah dikenali. Namun sang Sufi palsu itu akan membawa kekeliruan kepada khalayak yang tidak mengerti, atau orang yang mudah terpengaruh dengan hal-hal yang tidak asli atau tiruan. Lalu bukan saja dia yang sesat, malah dia akan menyesatkan banyak orang yang tidak berdosa, hanya salahnya karena terpengaruh dengan yang salah yang digambarkan sebagai benar,
wallahu-a'lam.

Pendapat Ahli Sunnah Wal-jama'ah
Para pemimpin dan guru-guru Sufi dari golongan Ahli Sunnah Wal-Jama'ah berpendapat bahwa para sahabat, dengan berkat ajaran dan kehadiran Nabi, adalah dalam keadaan Dzauq keruhanian yang tinggi martabatnya. Setelah zaman berlalu, keadaan keruhanian yang tulen ini makin lama makin kurang dan tipis. Kemudian keadaan keruhanian ini diwarisi oleh guru-guru mursyid yang kemudian, pecah menjadi banyak firqah dan cabang. Oleh karena terlalu banyak firqah dan golongan kaum mursyid itu, hikmah dan tenaganya pun makin tipis dan makin berpecah-belah. Dalam banyak hal, yang tinggal hanya bentuk zahir saja yang berlagak seperti guru Sufi, padahal batinnya dan hakikatnya bukan Sufi. Lama kelamaan timbullah Sufi-Sufi palsu dan bid'ah.

Ada yang menganut golongan Haydari dan berpura-pura menjadi perwira dan pahlawan. Ada pula yang menamakan diri mereka kaum Adhami dan berpura-pura mengikuti jejak langkah Ibrahim Adham, yaitu seorang Sufi besar yang meninggalkan istana dan pangkat sultan karena hendak mengamalkan ilmu Sufi. Bahkan, masih banyak lagi ajaran sesat dari guru Sufi palsu yang timbul.
Dalam zaman ini, ahli-ahli Sufi yang sebenarnya, yang bersesuaian dengan syari'at, makin lama makin berkurangan jumlah mereka.

Ahli Sufi yang hakiki dapat dikenali dengan dua cara:
Pertama, zahir mereka, yaitu mereka mengamalkan syari'at.
Kedua, batin mereka, yaitu boleh dijadikan contoh teladan karena mereka mewarisi keruhanian Nabi Saw. Sebenarnya contoh manusia yang paling baik ialah Nabi Besar Muhammad Saw. Dialah sebenar-benar Sufi yang hakiki. Syari'at dan Hakikat hendaklah bersama seiring jalan untuk kesinambungan agama dalam kehidupan mukmin dan mukminah sejati.
Seorang Waliyullah yang mewarisi keruhanian Nabi akan memberi berkat kepada Si Salik dengan kehadiran fisiknya. Sesungguhnya Iblis tidak dapat menyerupai Nabi Saw. Awas, wahai Salik, orang buta tidak boleh menunjukkan jalan pada si buta yang lain. Pandangan kita hendaklah tajam supaya kita dapat membedakan kebaikan dengan kejahatan, walau sebesar zarrah pun.
Ingatlah, bahwa perjalanan Sufi itu bukan medan permainan. Bila suka boleh ikut, bila malas boleh ditinggalkan. la adalah jalan menuju ke Hadhirat Ketuhanan, yang kepadanya tidak semudah diucapkan lisan. walaupun begitu, wajarlah ia menjadi tujuan setiap insan. Yang ingin mencari ketenangan diri dan makrifat hakikat penciptaan Tuhan. Bukankah kita disuruh menyembah-Nya menurut bunyi sebuah firman? Bagaimana boleh menyembah kalau belum sempat untuk berkenalan?

Khatir yang Datang Kepada Sufi
Khatir itu ialah lintasan-lintasan hati, atau cetusan yang muncul di hati orang Mukmin karena sesuatu sebab atau yang lain. la biasanya datang secara tiba-tiba sehingga mengharukan orang yang didatanginya. Kalau ia telah terbiasa dengan khatir- khatir seperti itu, maka perkaranya agak mudah sedikit, akan tetapi khatir yang datang sekali-sekali harus diberikan perhatian yang cukup dan dipertimbangkan dengan sehalus- halusnya agar dia tidak tertipu.
Apabila khatir itu muncul, dan hatinya kuat mengatakan, bahwa dia itu datang dari Malaikat, yakni Khatir-Al-Malak, mestilah dia bertenang lebih dahulu dan bertanya pada dirinya: Siapa engkau ini, dan engkau datang dari mana? Mungkin tidak sukar ia akan mendengar suara hatinya menjawab: Aku ini sebagian Nubuwah, yakni pemberitahuan khusus yang datang dari Al-Haqq, yaitu Tuhan yang sebenarnya. Aku memang benar. Aku datang dari Habib (siapa yang dicintai) dan Ar-Rafiq (Rakan).

Khatir, atau bisikan hati ini akan memenuhi kebatinannya, pendengarannya dan pemandangannya. Sikap orang yang didatangi Khatir ini gemar sekali mengasingkan diri dari kumpulan orang ramai, tidak suka banyak berbicara, seperti orang sakit lagaknya.

Mukanya terlalu masyghul karena tekanan Khatir yang datang menyelubungi jiwanya itu. Dalam keadaan yang serupa itu, orang yang tidak tahu akan mengatakan bahwa dia sedang ditimpa gangguan dalam dirinya, karena semua sifatnya berubah dan seolah-olah dia berada di tempat yang bukan tempat yang dia sedang berada itu. Tetapi sebentar lagi keadaannya akan berubah pula, dan dia kelihatan penuh perasaan tenteram dan tenang, dan sedikit demi sedikit keadaannya akan kembali pulih seperti sediakala seolah-olah tiada sesuatu yang menimpa dirinya.
Di dalam keadaan dia sedang diselubungi Khatir itu, dia kelihatan seperti orang yang terkena putau, yang kesadarannya tidak penuh. Kadang-kadang dia akan mengatakan sesuatu yang boleh didengar oleh orang yang berada di sisinya, dan kadang-kadang tidak kedengaran apa yang dikatakannya itu, seolah-olah dia sedang asyik berbicara sesuatu dengan seseorang yang berada di sisinya. Namun siapa yang mengerti semua keadaan ini kecuali orang yang sudah mengalaminya, dan orang yang mengalami hampir semuanya tidak mau menceritakannya, karena semua itu adalah rahasia-rahasia ketuhanan yang halus yang tidak boleh dibocorkan. Dan kalau diberitahukan pula, mungkin ramai orang yang tidak percaya. Mungkin dikatakan orang, dia itu terasuki jin, wallahu-a'lam.

lkhlas dalam Beramal
Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jailani: Sekiranya kita ikhlas dalam amalan, kita akan diceraikan dari kalangan makhluk, sehingga seolah-olahnya kita merasa jemu untuk duduk-duduk bersama mereka. Hanya dengan menceraikan diri dari makhluk, kita dapat 'bersatu' dengan Allah!
Memang benar sekali, pintu menuju kepada Allah itu ialah mengosongkan hati sama sekali dari urusan dengan makhluk, barulah hati itu akan lapang dan dapat dikuasai oleh hal-hal yang datang dari Tuhan tanpa terganggu. Sebab para shalihin senang sekali memunajatkan dirinya kepada Allah di waktu malam, di waktu semua orang terlelap dalam tidur yang nyenyak.
Apabila kita mengasingkan diri dari manusia, dan bergiat membuat amalan-amalan yang berupa taqarrub, maka ketika itu akan terbuka bagimu suatu pintu khusus yang menyambung dengan Hadhirat Ketuhanan.

Hati kita akan bersinar cemerlang, membawa jiwa atau ruhmu mengintip rahasia-rahasia yang halus yang akan mempengaruhi dirimu. Itulah yang dikatakan makrifat, yang menurut istilah yang lahir, bila dicarinya tidak akan ditemukan.

Tetapi apabila hati itu dibersihkan dan disucikan dari segala kekotoran keduniaan, makrifat malah datang mencarimu, dan akan didudukinya tempat di muka hati yang sudah dibersihkan itu. Sehingga memancarlah sinar cahaya yang cemerlang tadi, wallahu-a'lam.
Allah Swt. telah menjadikan hati itu tempat letaknya makrifat dan ilmu. Ilmu itu cahaya, tidak ingin duduk di tempat yang ada kotoran. Makrifat itu adalah cahaya yang cemerlang, tidak akan setempat dengan daki-daki kekotoran.

Allah Swt. menilik hati itu dalam sehari semalam sampai 360 kali, dan sekiranya Dia tidak membiarkan ilmu dan makrifat itu berdiam di hati itu, niscaya hati itu akan hancur berantakan. Tinggallah hati itu menjadi keras dan mati. Tetapi bila hati itu kembali baik dan menghampirkan dirinya kepada Allah, maka Allah akan menjadikan sungai kenikmatan mengalir dari muka hati itu.
Allah menjadikan Ahlullah itu sebagai pembela agama. Peringkat yang tertinggi di antara para makhluk ialah para Nabi dan Rasul. Di bawah peringkat itu ialah para sahabatnya, dan berikut sesudahnya ialah para tabi'in dan seterusnya tabi' tabi'in. Mereka ini semua senantiasa patuh dan mengamalkan apa yang diperintah Tuhan. Mereka laksanakan suruhan Allah dan Rasul-Nya dengan kata dan doa, sama ketika sendirian ataupun di khalayak ramai. Itulah orang-orang yang mewarisi para Nabi.
Mereka ini sering disebut dan dibanggakan oleh Allah Swt. sebagai para hamba-Nya yang shalihin, yang setiap gerak langkahnya diiringi dengan takwa dan setia. Mereka telah membelakangi dunia dan semua urusan dunia, manakala orang lain sibuk mengejarnya dan berusaha dengan penuh daya upaya untuk mencapainya. Sebab itu dikatakan, bahwa orang yang mengejar dunia, dunia akan lari meninggalkannya. Dan siapa meninggalkan dunia, dunia akan datang mendapatkannya.

Namun begitu, bagi orang yang sudah mengenal hakikat dirinya, semua urusan dunia itu akan menjadi tipis dalam pandangannya. Dunia pada hakikatnya tidaklah bernilai, lantaran ia bukan dari jenis barang yang kekal. Sebab itu Allah telah mengatakan, sekiranya dunia itu bernilai atau berharga hanya satu sayap nyamuk, atau lalat, niscaya tidak akan diberikan-Nya kepada orang kafir. Lantaran dia tidak berharga apa pun, maka diberikan kepada orang kafir itu untuk menjadi pokok yang membinasakan. Maka apakah orang yang beriman itu, yang sudah kenal arti dan harga iman itu masih mau menjual imannya dengan harta yang tidak bernilai itu?
Itulah pokok kefahaman orang Sufi dibandingkan dengan orang biasa, maka di manakah kita berada sekarang ini?!
wallohu a'lam bish-shawab,-
Wassalam,

Rahasia Sufi

Oleh : Syeikh Abdul Qadir Al Jailani
Penterjemah : Abdul Majid Hj. Khatib

PETA KONSEP (AJARAN SESAT)

Published by Abdul Halim Mohamad under on 6:07 AM
 

Lipsum

Followers